Sekarang alhamdulillah tak pernah berlaku leakage lagi...We learn from our mistakes, right?
- Ibu-ibu tidak buat Prewash sebelum guna / tidak cukup prewash (3 kali lebih banyak prewash, lebih baik): Adalah sangat penting untuk prewash new diapers. Ideally, it should be washed at least 2 times before the soaker can attain good absorbency (daya serapan yang baik). Sesetengah orang mencadangkan cuci dengan air suam, tapimemadai dengan air pada room temperature. (Biasanya kalau beli tuala baru pun kite cuci dulu sebelum guna kan?? Serapan kain jadi lebih baik..)
- Cloth Diaper longgar atau saiz yang dipakaikan pada baby tidak sesuai. Apabila cloth diaper yang dipakaikan longgar, cloth diaper tidak rapat di bahagian pangkal paha, jadi weewee boleh keluar melalui ruang yg terbuka. Tapi jangan la smpi terlalu ketat.. Parents perlu biasakan kaedah cuba jaya (trial & error) utk lebih faham setting yang sesuai utk baby.
- Pemakaian yang lama (lebih dari sepatutnya)/kapasiti yg sudah maksimum. Seelok-eloknya 1 insert (daytime usage) dipakaikan untuk 4-5jam while 2 insert (nighttime usage) boleh tahan saehingga 7-8jam. Kalau baby jenis heavy wetter/wee wee dalam kuantiti yang banyak, perlu lebih kerap tukar. Bila cd dipakaikan terlalu lama dan kapasiti dah mencapai tahap maksimum, insert dah tak dapat menyerap kebasahan lagi.sebab tu la berlakunya kebocoran. Tanda pertama anak anda adalah heavy-wetter ialah dia dah mula minum susu formula (susu botol) dan bukan breast feeding..
- Ada mendapan sabun pada insert/cloth diaper (masih ada sisa sabun pada cloth diaper). Ini boleh berlaku kerana semasa cucian, kuantiti sabun yang dimasukkan terlalu banyak (guna sabun 1/4 sahaja dari kuantiti yg dicadangkan untuk mencuci cd) atau tidak dibilas dengan bersih (nak make sure cd dibilas dengan bersih, buat extra rinse selepas habis cucian dgn menggunakan air yg lebih).
- Tidak buat strip wash/ jarang buat strip wash. Strip wash perlu dilakukan sekurang-kurangnya setiap 3 bulan sekali..
- Penggunaan nappy cream. ini kerana nappy cream mengandungi unsur minyak, minyak yang terkena pada lapisan dalam cd akan menjadikannya kalis air dan tidak dapat menyerap basahan. Parents boleh cuba utk tidak menggunakan nappy cream utk lihat sama ada baby masih mempunyai ruam atau tidak selepas penggunaan cloth diaper.. Baby yang mempunyai extra sensitif skin blh gunakan produk bamboo utk gantikan terus penggunaan nappy cream & perlu diletakkan lapisan bamboo bersebelahan/bersentuhan dgn kulit baby..
- Penggunaan sabun yang tidak sesuai. Jenis sabun yang bnyk mengeluarkan buih, mengandungi unsur softerner/ada unsur minyak yg akan meninggalkan bekas/ mendapan/ lapisan (built-in residue) pada Cloth Diaper dan insert.